Mula menjual online bukan hanya tentang upload produk. Pelanggan perlukan maklumat yang cukup untuk faham, banding, percaya dan mengambil tindakan. Checklist ringkas membantu anda mengelakkan kesilapan sebelum launch.
1. Maklumat produk atau pakej
Setiap produk atau pakej perlu mempunyai nama yang jelas, penerangan ringkas, harga atau harga permulaan, apa yang termasuk dan apa yang tidak termasuk.
2. Gambar dan visual
Gambar tidak semestinya perlu sempurna pada permulaan, tetapi mesti jelas. Gambar yang kabur, terlalu gelap atau tidak konsisten boleh mengurangkan kepercayaan pelanggan.
3. Proses pertanyaan atau order
Jika anda belum mengutip bayaran secara online, anda masih boleh menggunakan WhatsApp enquiry, quotation atau manual confirmation. Yang penting, pelanggan tahu langkah seterusnya.
4. Polisi dan maklumat penting
Website patut mempunyai Terms of Service, Privacy Policy, Cookie Policy, Refund Policy dan Cancellation Policy. Walaupun anda tidak mengutip bayaran melalui website, pelanggan perlu tahu bagaimana data mereka digunakan dan bagaimana pembatalan atau refund dikendalikan.
5. Semakan akhir sebelum launch
- Website mudah dibaca di mobile dan desktop.
- Butang dan borang berfungsi.
- Nombor telefon dan email betul.
- Harga dan servis adalah maklumat terkini.
- Website tidak terlalu lambat.
Website yang jelas mengurangkan kekeliruan pelanggan dan menjadikan proses jualan online lebih profesional.